Hai bro uniselPhysio,
Nah posting ni ditujukan ntuk bro, harap belum terlambat untuk presentation tu,
Ok, Pleurisy adalah sama ngan pleuritis. Jadi, ianya adalah inflammation of the pleura.
Ermm tentu bro dah tau apa itu inflammation kn. Tapi xper lah.. saya terangkan kat sini jugak.
Inflammation ataupun dikenali sebagai inflamasi @ keradangan ini mempunyai dua type. Acute dan juga Chronic. Ianya dibezakan dengan jangka hayat sesuatu keradangan ataupun clinical features nya ( simptom ).
Berbalik kepada topik kita, inflammation of pleura @ pleurisy @ pleuritis.
Keradangan ini berlaku pada lapisan pleura. Bagi yang tidak tahu ataupun saja buat taktau, pleura adalah selaput yang berada di pleura cavity untuk menyelaputi paru - paru ( lung ). Fungsinya adalah untuk mengekalkan tekanan yang dihadapi oleh peparu. Ianya juga dapat mengurangkan geseran antara peparu ngan bahagian lain ketika penafasan.

Kebiasaannya, keradangan pleura ini akan menyebabkan kesakitan pada dada ketika menghirup nafas. Ianyanya digelar pleuritic chest pain.
Antara simptom bagi penghidap pleurisy ialah :
- sesak nafas
- batuk
- demam kesejukan
- Bernafas dengan laju dan mendalam
- kehilangan berat badan tanpa dijangka ( bukan diet )
- Sakit tekak diikuti bengkak pada sendi ( joint )
Jangkitan Virus adalah penyebab utama pluerisy, namun begitu ianya juga disebabkan penyakit lain seperti :
- Pneumothorax
- Jangkitan bakteria seperti pneumonia dan tuberculosis
- dan banyak lagi
Tetapi, ada jugak pleurisy yg idiopathic. Idiopathic nih maknanya tidak mempunyai sebab.
Cara nak mengesan Pleurisy ( diagnosis ):
- Pemeriksaan fizikal
- Chest X-ray
- CT- scan
- Ultrasound
- MRI
- ABG ( bukan abg syg tetapi Arterial Blood Gas )
Treatment plak senang ajer . Cuma 3 yg tersenarai :
- Remove the fluid, air, or blood from the pleural space ( gune cara suctioning pun boley )
- Relieve symptoms ( cara nih ngan bagi drug / medicine ntuk hilangkan simptom )
- Treat the underlying condition
Ermmm rasanya senang ajer nk fahamkan keadaan penyakit pleurisy nih, tetapi kalu nak maklumat lanjut search ajer google.
Bagi yang ingin terus ke laman lanjutannya sila klik sini.
Saya harap post nih membantu yer bro uniselphysio tuk paham ttg pleurisy nih.





